Mengenai

Projek Usahawan ini salah satu projek kerjasama tiga trainer muda e-Usahawan iaitu Coachakim, Coach Pa Zi dan Coach Asyraf membantu memberi pendedahan dan memurnikan inspirasi keusahawanan digital dalam kalangan belia Malaysia dan para usahawan mikro Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk menjana pendapatan lumayan menerusi platform digital.

Untuk pengetahuan Tuan Cik Puan, Projek Usahawan adalah PERCUMA. Kami akan berkongsi ilmu teknik pemasaran digital terkini tanpa ada mengenakan caj satu sen. Ilmu yang kami ingin berkongsi dengan anda bukan ilmu biasa biasa tetapi hasil case study kami sendiri selama bertahun tahun dalam dunia bisnes. Kami percaya apa yang guru kami kata, “Bila kau share ilmu dengan orang, kau akan dapat lebih banyak ilmu, kerana ilmu ini milik tuhan”.

Bagaimana Projek Usahawan boleh membantu anda?

Projek Usahawan tidak lah menjanjikan bulan dan bintang, bila anda hadir ke kelas kami, anda terus jana pendapatan berpuluh kali ganda tetapi kami yakin dengan perkongsian kami ini dapat membantu anda menaikkan sales berkali ganda jika anda ada tindakan seterusnya. Orang kata “FAST ACTION FAST RESULT”.

Apa yang akan anda bakal pelajari adalah Asas Perniagaan, Kaedah mengenal pasti potensi perniagaan digital melalui kajian pasaran dan pesaing. Pemasaran Melalui Media Sosial, kaedah meningkatkan permintaan dan jualan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram. Pemasaran Melalui Laman Sesawang, kaedah membina laman sesawang asas dan memahami konsep Search Engine Optimization (SEO) dan pelbagai lagi.

projek usahawan

Apa yang akan Anda pelajari?

Objektif jangka panjang Projek Usahawan ni adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka yang baru dan lama dalam perniagaan tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka keperingkat yang lebih tinggi.

Kaedah mengenal pasti potensi perniagaan digital melalui kajian pasaran dan pesaing

Kaedah meningkatkan permintaan dan jualan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram

Kaedah membina laman sesawang asas dan memahami konsep Search Engine Optimization (SEO)

Kaedah menghasilkan ayat jualan berkesan untuk perniagaan digital (copywriting)

Tukarkan prospek kepada pembeli melalui saluran percuma sebagai kaedah ‘Close Sales’ menerusi aplikasi WhatsApp

Memperkasakan kemahiran dan kaedah pemasaran efektif melalui emel

Kenali Tenaga yang mengerakkan Projek Usahawan

Coachakim

Coachakim merupakan Master Trainer di Hikmah Learning Sdn Bhd. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kejurulatihan. Coachakim juga mempunyai Cert sebagai NLP Pratitioner yang membuat cara penyampaiannya dapat membantu mencapai objektif dan menyelesaikan masalah.

Coach Pa Zi

Coach Pa Zi merupakan Founder Longgot Empire dan juga Qhamis islamic ( Dakwah Platform). Terlibat dalam dunia digital marketing 5 tahun. Ini termasuk lah FB Ads, Design Gambar Berpengaruh, Teknik Copywriting Rahsia. Coach Pa Zi juga salah seorang Certified eUsahawan Strategic Patner Angkasa.

Coach Asyraf

Coach Asyraf merupakan Web Developer Awana Creative. Main business Awana Creative menyediakan laman sesawang yang boleh convert kepada sales dan meningkatkan brand awareness, selain daripada membina sistem dan juga mobile apps. Coach Asyraf juga merupakan salah seorang Certified eUsahawan.